Friday, 22 October 2021

Sunny Side Up, Salad, Black Coffee.

Pagi yang indah dimulakan dgn sarapan yang indah!! hehehhe 😉

Pagi nie cik hijau sarapan menu yang paling ringkas kerana perut dh lapar, buka peti sejuk amik salad basuh bersih kemudian toskan. Kemudian ambil 2 biji telur dan buat sunny side up. Haaa.. pernah dengar tak apa itu sunny side up? Sunny side up adalah telur yang dimasak satu bahagian sahaja. Seperti gambar yang cik hijau tunjukkan, telur tersebut masak dibahagian bawah sahaja, manakala di bahagian atas separuh masak dalam keadaan telur kuning cair apabila dimakan.

Ramai yang bertanya pada cik hijau mcm mana boleh buat telur nie nampk cantik cun melecun.. hehehheeh 😉 Senang je nak buat, korang amik kuali kecil, ngam2 bentuk telur nie, panaskan kuali, pecahkan telur dan TUTUP kuali! Haaa.. rahsia dia ialah korang perlu tutup kuali tersebut, tutup pakai apa? Pakai penutup kuali la dek non 😉 Tutup kuali dalam keadaan api sederhana. Bila nampak agak-agak bahagian atas dah separuh masak, tutup api dan hidangkan! Senang tak? Pagi ini cik hijau makan sunny side up bersama salad dan secawan kopi tanpa gula. Nanti korang boleh la cuba buat sunny side up nie okay!

Selamat mencuba!

Must Read