Tuesday, 7 July 2020

Pizza Telur.

Assalamualaikum dan selamat pagi kalian!! Semoga hari yang indah ini segala urusan dipermudahkan, amin.. amin.. πŸ™‚ Macam biasa cik hijau nak tanya korang dah sarapan ke tuu? Hehehhehehe.. Kalau belum meh la sarapan, cik hijau buat pizza hari ini.. πŸ˜‰

Terliur tak tengok pizza cik hijau nie? Meh sini cik hijau ajar step by step okay, tak susah pun senang je!

Bahan-bahan:

  • 4 Biji telur
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Bawang merah
  • Baby spinach
  • Chili flakes

Cara penyediaan:Β 

  1. Potong dadu tomato, bawang dan kacang panjang. Hiris halus karot dan baby spinach.
  2. Pecahkan telur dan campurkan kesemua bahan
  3. Panaskan kuali, tanpa minyak masukkan telur dan biarkan seketika sehingga telur separuh masak
  4. Panaskan oven
  5. Dalam bentuk telur bulat seperti pepejal ( gambar di bawah ), pindahkan ke dalam oven

  1. Taburkan cili flakes dan bakar dalam suhu 230’c selama 10 minit

  1. Siap!! Cantik kejadiannya!! hehehehehe, Kalau buat begini mesti suami dan anak-anak suka makan kan, jadi kita sebagai suri rumah, isteri dan ibu perlulah kreatif bagi menyediakan makanan untuk yang tersayang. Ini adalah salah satunya!! Bukan sahaja nampak menarik tapi sihat! πŸ˜‰

Selamat mencuba!

Must Read

Nasi perang, Daging Masak Halia, Ulam Ulaman

Nasi perang + Daging halia & black pepper + Ulam kacang botol & pegaga. πŸ˜‹πŸ˜‹

Pumpkin Soup, Roti Baguette.

Hujan-hujan nie perkena sup labu bersama roti baguette 🍞🍞 Sup labu βœ” Labuβœ” Bawang...