Thursday, 29 October 2020

Grilled Chicken Wrap, Green Tea.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Apa khabar anda hari ini? Harap semuanya sihat walafiat ya.. πŸ˜‰ Malam tadi sebelum cik hijau lelap mata dah fikir siap2 nak buat sarapan apa pagi ini, memandangkan masih ada lagi wholemeal wrap yg dibeli itu hari jadi pagi ini cik hijau nak buat ayam wrap. Part ayam nie cik hijau gunakan isi ayam sahaja. Malam tadi pun cik hijau dah keluarkan ayam siap2 dalam dari freezer supaya pagi nie senang nak masak. Jadi antara bahan2 yang digunakan untuk membuat ayam wrap ini ialah wholemeal wrap, isi ayam, telur hancur (omelette), daun ketumbar, timun dan lobak merah.

Ayam bakar

Isi ayam nie korang marinatekan bersama lada hitam, madu, serbuk kari dan secubit garam. Kemudian panggang@bakar ayam tersebut didalam kuali tanpa minyak.

Omelette

Lepas korang dah bakar ayam, angkat dan ketepikan, dalam kuali yang sama pecahkan 2 biji telur dan hancur-hancurkan seperti gambar diatas.

Daun coriander, timun dan lobak merah

Hiris halus timun dan lobak merah, (cik hijau gunakan peeler), kemudian hiris halus daun ketumbar.

Dah siap semua masa untuk membalut! πŸ™‚ Ambil sekeping wholemeal wrap, ditengah-tengah bahagian tersebut susun semua bahan. Kemudian balut cantik2, cik hijau balut bersama aluminum foil agar chicken wrap tersebut tidak terbukak. Panaskan di atas kuali (tanpa minyak) agar wrap dalam keadaan panas untuk dimakan atau korang boleh panaskan dalam microwave. Boleh juga dipanaskan sebelum atau selepas dibalut, ikut yang mana senang pada korang okay! Kalau korang nak makan bersama cili sos atau mayo boleh sapukan ketika membalut, tapi cik hijau tidak sarankan kerana 2 bahan itu tinggi kalori. Untuk anda yg dalam proses untuk turunkan berat, potong semua pengambilan bahan tersebut ya.

Selamat mencuba!

Must Read

Nasi perang, Daging Masak Halia, Ulam Ulaman

Nasi perang + Daging halia & black pepper + Ulam kacang botol & pegaga. πŸ˜‹πŸ˜‹

Pumpkin Soup, Roti Baguette.

Hujan-hujan nie perkena sup labu bersama roti baguette 🍞🍞 Sup labu βœ” Labuβœ” Bawang...