Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini.  Simple je menu lunch cik hijau hari ini, nak siapkannya pun sekejap je sebab ikan salmon nie mudah dimasak. Okay.. cik hijau bagi resepi satu persatu okay.. 🙂

Grilled Salmon

Bahan- bahan:

  • Ikan salmon
  • Oregano leaves (yang kering ya)
  • Black pepper

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ikan salmon bersama oregano leaves dan black pepper.
  2. Bakar ikan salmon di atas pemanggang selama 5minit dan balik balikkan sehingga ikan masak. Sekiranya tiada pemanggang, bakar di dalam oven atau gunakan kuali pun boleh. Pastikan guna kuali yang tidak melekat (non-stick), jika tiada, letakkan sedikit minyak di dalam kuali supaya isi ikan tidak melekat.

Mashed Potato

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang
  • Minyak zaitun
  • Daun coriander

Cara penyediaan:

  1. Rebus ubi kentang sehingga lembut kemudian lenyek-lenyekkan
  2. Masukkan sesudu minyak zaitun dan daun coriander yang telah dicincang halus dan gaulkan sebati.

Salad

Bahan-bahan:

  • Baby spinach
  • Carrot
  • Olive oil

Cara penyediaan:

  1. Basuh bersih carrot dan baby spinach (untuk sayuran yang dimakan mentah perlu dicuci dangan bersih)
  2. Dengan menggunakan shredder, shred carrot sehingga menjadi halus.
  3. Di dalam mangkuk, campurkan baby spinach dan carrot yang telah dicincang. Gaulkan bersama minyak zaitun sebagai dressing.

Diatas pinggan, susun cantik-cantik hidangan dan boleh dimakan! Mudah bukan? setengah jam je dah siap.. heheheh.. 😉 Untuk hidangan ini cik hijau tidak menggunakan sebarang perasa (garam), kalau korang nak letak tiada masalah, secubit sahaja okay!

Selamat mencuba!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here