Thursday, 12 December 2019

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau! Hehehehehe 😉

Pagi yang indah ini tiba-tiba cik hijau teringat zaman semasa duduk di tanah arab dulu. Semasa disana cik hijau selalu makan dikedai pakistan dan dihidangkan dengan roti seperti paratha yang sangat lembut bersama kuah kari dan sayur sayuran segar. Roti yang dihidangkan memang sangat lembut dan sedap!! Jadi untuk pagi ini menu sarapan cik hijau berinspirasikan tentang makanan tersebut. 🙂

Cik hijau menggunakan roti paratha wholemeal wrap jenama Mission (boleh cari dipasaraya). Salad, kobis dan timun, basuh bersih-bersih kemudian cincang halus. Ayam bakar (part isi) cik hijau marinatekan dengan serbuk lada hitam, madu, secubit garam dan minyak bijan. Gaulkan kemudian bakar. Susun kesemua bahan di atas pinggan, perahkan jus lemon di atas salad dan makan! Okay.. lepas rindu.. heheheh. 😉 Jadi korang semua pun boleh try menu nie okay! Kalau nak jadikan wrap pun boleh.. 🙂

Selamat mencuba!

Must Read

Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini. ...

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau!...

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda...