Wednesday, 17 July 2019

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda di kampung. Seronoknya balik kampung!! hehehe..:) Cik hijau sangat suka bila pulang ke kampung kerana rumah ayahanda betul2 rumah “KAMPUNG”. Suasana yang nyaman, penuh pokok-pokok hijau, sejuk.. aduhh.. seronoknya! Ditambah lagi pulak rumah ayahanda ada tanah jadi bonda suka menanam sayur-sayuran dan ulam-ulaman, jadi cik hijau kalau nak pulang dari kampung, mesti tangan tak kosong, ada sahaja benda yang cik hijau akan bawa balik seperti lengkuas, kunyit, bunga kantan, belimbing besi, daun pandan, daun kunyit, ulam raja dan macam-macam lagilah.. hehehehe.. 🙂

Berbalik pada cerita raya, daging-daging atau tulang yang korang dapat tuu dah fikir nak masak apa? Okay.. cik hijau ada menu istimewa untuk korang iaitu sup tulang padu versi sihat! Cik hijau faham bila balik kampung kita tak lari dari pelbagai jenis makanan bukan, begitu juga dengan cik hijau, bila pulang ke kampung cik hijau akan automatik jadi “CHEAT DAY”. Yelah sekali sekala pulang ke kampung dan waktu inilah masa cik hijau nak makan masakan kampung bersama keluarga. Cik hijau sentiasa inginkan yang terbaik untuk keluarga. Biasanya cik hijau akan masak di dapur dan akan pastikan dalam banyak-banyak menu mesti ada satu menu sihat. Cik hijau juga banyak mengajar bonda tentang “EAT CLEAN” dan alhamdulilah bonda menerima dengan positif! Dan kadang-kala bonda sendiri request nak makan bakar2, rebus2… 🙂 Sebagai seorang anak inilah yang cik hijau mahukan, sihat bersama!!

Okay, panjang pulak cik hijau berleter ya, bila nak bagi resepinya! hehe:) Menu yang cik hijau nk kongsikan ini terpulang sama ada korang nak gunakan tulang atau daging, atau nak campur dua-dua pun boleh.

Bahan-bahan:

  • 3 Kilo tulang
  • 6 Biji tomato ♥
  • 2 Batang lobak merah
  • 2 Biji ubi kentang
  • 2 Biji bawang merah ♥
  • 6 Biji bawang putih ♥
  • Halia dan lengkuas (sebesar ibu jari) ♥
  • 2 Batang serai ♥
  • 1 Tangkai daun ketumbar bersama akar ♥
  • 3 Helai daun limau purut ♥
  • Air asam jawa
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Potong kecil- kecil bahan bertanda ♥ kemudian masukkan kedalam blender.
  2. Kisar bahan2 hingga halus dan tambahkan air.
  3. Panaskan periuk dan masukkan tulang.
  4. Masukkan bahan yang dikisar dan tambahkan air sehingga menutupi paras tulang
  5. Rebus tulang selama 2 jam atau lebih,  dalam keadaan api sederhana , lagi lama lagi bagus.
  6. Potong kecil lobak dan ubi
  7. Masukkan lobak dan ubi ketika tulang sudah empuk. Biarkan seketika hingga keduanya empuk
  8. Sebelum tutup api perasakan sup dengan air asam jawa dan garam
  9. Hidangkan sup bersama sambal kicap, bawang goreng dan daun sup!

      

Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Perahan limau kasturi (limau kasturi dah habis jadi cik hijau ganti dgn lemon)
  • Kicap cair
  • Gula
  • Sedikit belacan

Cara penyediaan:

Nak buat sambal kicap nie, tumbuk lagi sedap sebenarnya, tapi disebabkan cik hijau nak buat banyak jadi gunakan blender senang, masukkan semua bahan kemudian blend. Siap!! Rasa dia tetap sama.. UMMMMM!! Heheheh

Harap menu ini dapat tempat di hati korang semua ya.. hehehe. Cik hijau memang selalu buat sup macam ini, kadang-kadang gantikan dengan ayam. Kalau nak makan mee ke mihun ke cik hijau gunakan sup begini. Sangat mudah dan senang, potong-potong, blend, rebus dan biarkan. 🙂

Selamat mencuba!

Must Read

Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini. ...

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau!...

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda...