Thursday, 22 August 2019

Beetroot Noodle Soup

Kadang kala kita bosan asyik makan nasi sahaja bukan? Sebenarnya kita boleh pelbagaikan pengambilan karbo. Sebagai contoh sumber karbo yang lain ialah mee gandum, pasta gandum dan sebagainya. Cik hijau sentiasa mempelbagaikan menu sebab bosan makan nasi sahaja. Dalam sehari pasti cik hijau dapatkan sumber karbo selain daripada nasi. Tapi perlu diingat kuantiti tetap sama seperti nasi iaitu suku sahaja okay!

Untuk tengah hari ini menu cik hijau ialah mee sup ubi bit merah. Haaa.. pernah dengar tak ubi bit merah nie?  Atau dalam bahasa omputih disebut beetroot. Korang boleh baca pasal ubi bit nie di ruangan jus beetroot, di situ cik hijau ada bagi penerangan mengenai buah ubi bit ini. Ubi bit ini merupakan salah satu buah kegemaran cik hijau. 🙂

Mee beetroot nie cik hijau beli di Aeon Shopping Mall (Jusco). Di ruangan organic food, search for brand ‘Product Simply Natural’ & nama mee tu ialah ‘Organic Handmade Beetroot Noodle’. Maaf ya, cik hijau terlupa nak ambil gambar paketnya, akan datang nanti cik hijau beli lagi nanti cik hijau upload okay! 🙂

Orait, menu cik hijau ini sangat mudah, pertama korang rebus telur, kemudian celur kacang panjang, lobak, broccoli dan sawi. Sayur nie apa2 pun boleh, ikut suka hati korang. Mee beetroot nie korang rebus dulu supaya lembut, dah lembut toskan airnya. Untuk sup sebenarnya cik hijau kehabisan chicken broth, jadi cik hijau hanya menggunakan air, lada hitam dan putih. Panaskan periuk, masukkan air, serbuk lada hitam dan lada putih. Siap! Haaa.. tak de rasa ke? Hehehehe.. Cik hijau okay dengan rasa ini maklumlah dah biasa, jadi untuk korang yang tak biasa, boleh letakkan secubit garam ya! Kejap tak habis lagi.. 😉 Lepas tuu korang letak la mee tersebut dalam mangkuk, masukkan sup yang dah siap tadi kemudian susun semua sayur yang dah di celur cantik-cantik kat tepi, telur rebus buang kulit dulu ya, potong dua molek-molek susun kat tepi, kemudian cik hijau tambah tomato cherry dan limau nipis sebab cik hijau suka rasa masam-masam ala-ala orang Thailand gituu. 😉 Tak habis lagi, taburkan biji bijan.. heheheheh.. okay siap!

Selamat mencuba!

Previous articleJus Tomato Dan Celery
Next articleSup Tulang Padu

Must Read

Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini. ...

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau!...

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda...