Jus Tomato Dan Celery

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini cik hijau minum petang bersama jus segar pilihan hati cik hijau iaitu campuran tomato dan celery. Tomato mempunyai banyak khasiat antaranya ialah:

  • Mencegah kanser dan masalah kardiovaskular.
  • Berfungsi sebagai agen antioksida.
  • Kaya dengan serat, vitamin A dan C.
  • Mencegah pembentukkan kanser terutamanya kanser prostat dan penyakit jantung.
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat.
  • Digunakan sebagai pembersih kulit muka.

Disebabkan ia kaya dgn sumber yang bagus untuk perawatan kulit, banyak produk kecantikan diluar sana menjadikan tomato sebagai bahan utama. Pencuci muka yang cik hijau gunakan juga adalah berasaskan tomato!! hehe. 😀

Cik hijau juga selalu menggunakan tomato sebagai masker sebelum tido. Cara nak buat masker tersebut ialah ambil sebiji tomato dan hancurkan, sapu rata pada muka dan biarkan selama 1 jam. Kemudian cuci hingga bersih. Mudahkan! Lepas dah pakai tuu korang akan rasa segar sangat-sangat.

Jus tomato yang cik hijau minum hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja iaitu buah tomato dan celery. Terpulang pada korang sama ada mahu masukkan celery ataupun tidak. Ambil satu biji buah tomato dan sebatang celery. Cuci bersih, potong dan masukkan ke dalam blender ataupun juicer, jadikan jus! Amalan meminum jus tomato ini akan membuatkan kulit korang menjadi bersih dan sihat!

Selamat mencuba !!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here