Jus Peria Katak

Assalamualaikum semua, dah minum jus ke belum hari ini? Pastikan minum original jus okay, tiada perasa tambahan seperti gula dan paling bagus kalau jus itu dibuat sendiri! Bahan utama jus cik hijau hari ini menggunakan peria katak. Haaaa.. mesti masing2 dah tertelan air liur kan.. hehe.. 😀 Peria katak mempunyai rasa yang pahit tetapi ia penuh dengan khasiat. Antara khasiatnya ialah mempunyai kalori yang rendah, mengandungi pelbagai vitamin termasuk asid folik, kandungan fiber yang tinggi, kaya dengan zat besi dan kandungan beta-karotenanya 2 kali ganda daripada brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang. WOW.. Banyak khasiatnya betul tak? Antara khasiat peria katak dari segi kesihatan pula ialah:

  • Merawat penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
  • Mengubat jaundice.
  • Penyakit gangguan pernafasan → merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
  • Psoriasis → Jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
  • Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

Nota: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Ini antara khasiat dan kebaikan peria katak yang cik hijau tahu, jadi marilah kita sama-sama amalkan meminum jus yang sihat ini agar dapat manfaat bersama. Selain daripada dibuat jus, boleh juga dimakan sebagai ulam atau dimasak.

Bahan-bahan:

  • 1 Biji peria katak
  • 1 Batang celery
  • 3 Batang kacang botol
  • Perahan limau nipis

🔛 jika anda tidak tahan dengan rasa pahit peria katak, boleh tambahkan madu!

🔛 petua bagi mengurangkan rasa pahit, rendamkan hirisannya dlm air garam selama setengah jam sebelum dikisar.

Cara Penyediaan:

  1. Basuh bersih kesemua bahan dan potong kecil.
  2. Jadikan jus dengan menggunakan juicer atau blender.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here