Salmon Grilled with Penne Aglio E Olio

Dinner cik hijau hari ini  ala2 omputih sikit.. hehe.. 😀

Salmon Grilled

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian ikan salmon
  • 1 Sudu serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
  • Daun kucai (chives)

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ikan bersama serbuk lada hitam, perap seketika (10-15 minit).
  2. Panaskan kuali, tanpa minyak masukkan ikan salmon yang diperap, alih-alihkan sehingga ikan masak. Nota: Ikan salmon akan mengeluarkan minyak dengan sendirinya. Minyak tersebut boleh disimpan untuk digunakan dalam masakan menumis.
  3. Gunakan minyak zaitun & daun kucai untuk dressing seperti dlm gambar diatas.

Penne Aglio E Olio

Bahan-bahan:

  • 1 Genggam penne
  • 1 Biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 Sudu vegan butter
  • 1 Sudu serbuk lada hitam
  • 1 Sudu chili flakes
  • 1 Sudu serbuk daun parsley, basil dan oregano.
  • 2 Batang kacang pea (potong kecil)
  • 1 Sudu minyak zaitun

Cara penyediaan:

  1. Rebus penne hingga lembut, toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, bawang putih. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, chili flakes, daun parsley, basil dan oregano.
  4. Masukkan kacang pea dan biarkan seketika hingga kacang pea lembut.
  5. Masukkan penne, kacau hingga rata dan tutup api.
  6. Taburkan minyak zaitun sebagai perasa.

Nota: Minyak zaitun tidak sesuai digunakan dalam suhu yang tinggi, gunakan sebagai perasa dan gunakan ia di akhir masakan. Tambahkan garam jika perlu!!

Di atas pinggan, letakkan ikan, tuangkan minyak zaitun dan taburkan daun kucai@chives, hidang bersama penne aglio e olio bersama buah oren!

Selamat mencuba!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here