Sunny Side Up, Salad Dan Tomato

Assalamualaikum & selamat pagi semua! Hari nie cik hijau buat breakfast dgn menggunakan 5 bahan utama sahaja iaitu :

➡️ salad
➡️ tomato
➡️ telur ayam
➡️ minyak zaitun
➡️ serbuk lada hitam

Haaa.. mudah sahaja cara penyediaannya.. Lebih kurang 5minit siap dah!!

  1. Cuci bersih salad & tomato. Utk sayuran yg dimakan mentah nie perlu cuci bersih2 tau. Biasanya cik hijau akan cuci dgn air biasa terlebih dahulu kemudian rendam bersama air minuman@mineral bersama sedikit garam. Kemudian cuci sekali lagi.
  2. Potong dadu tomato & carik carikkan salad. Letak didlm mangkuk dan gaul bersama sesudu minyak zaitun. ✔ jika perlu, tambahkn secubit garam utk menambah rasa.
  3. Panaskn kuali, tanpa minyak @ sekiranya tiada kuali non-stick boleh letak sedikit minyak. ⛔ Elakkan menggunakan minyak zaitun ketika memasak kerana ia hanya sesuai digunakan sebagai dressing dan tidak sesuai digunakan dlm suhu yang tinggi. Pecahkan sebiji telur dan tutup kuali. Haaa.. inilah rahsia mcm mana nk dpt rupa telur yg cantik mcm dlm gambar cik hijau tuu. Tutup kuali dan kecilkan api!! Biarkn seketika sehingga telur kuning sedikit masak dan sedia dihidang!
  4. Letak di atas salad kemudian taburkan dgn serbuk lada hitam!!

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here