Wednesday, 17 July 2019

Tips Membeli, Memilih Dan Menyimpan Sayur Sayuran Dan Buah Buahan

Assalamualaikum semua! Hari ini cik hijau terima soalan daripada seseorang yang bertanya bagaimana utk membeli sayur. Cik hijau suka dgn soalan ini kerana cik hijau paham xsemua orang pandai utk membeli sayur lagi-lagi kaum lelaki. Tapi xsemua kaum lelaki, segelintir sahaja. Kena kecam pulak cik hijau nanti.. 😀 hehe… Okay cik hijau akan share pada korang mcm mana cik hijau beli sayur, dimana dan bagaimana. Korang baca sampai habis okay!!

Dimana utk membeli sayur terpulang pada individu itu sendiri. Sama ada korang nak beli dalam pasaraya, seperti Mydin, Econsave, Aeon Big, Jusco dan sebagainya. Nak beli di pasar basah pun tiada masalah. Cik hijau memilih jusco sebagai tempat untuk membeli bekalan sayur sayuran cik hijau. Sebab apa? Sebab dekat dgn rumah, byk pilihan sayuran dan yang paling best ada section utk organic food. Utk sayuran sahaja. Untuk barang basah seperti ikan, daging, seafood dan ayam cik hijau akan beli di pasar. Sebulan sekali cik hijau akan pergi ke pasar utk beli stock bahan basah selama sebulan. Time tuu beli la sayur sekali sebab dah alang-alang kat pasar. Untuk barang basah cik hijau cerita nanti okay! Kita fokus bab sayuran dan buahan sahaja.

Untuk memilih sayur mudah sahaja, pilih yang anda suka!! Ataupun sekiranya korang berani utk menanggung risiko, cuba sesuatu yang baru!! Just try everything! Bila korang boleh makan semua jenis sayuran dan buahan korang boleh buat pelbagai jenis menu dan yeahhh korang takkan bosan dan stress!! Takkan hari2 nak makan sayur yang sama kan?

Untuk kuantiti sayur, tidak perlu beli terlalu byk, cukup utk stock seminggu! Ini utk pastikan sayur kekal segar dan sihat! Ia juga untuk mengelakkan pembaziran kerana kalau sayur terlalu lama, ia akan menjadi layu dan busuk yang akhirnya kita akan buang ke tong sampah. Betul tak? Pilih sayur utk seminggu dan tukar menu sayur sayuran anda. Contohnya minggu ini sayur lain, minggu depan sayur lain. Dan satu lagi tips yang sis nak kongsi ialah, sentiasa tukar tempat/sumber pembelian sayur-sayuran. Contohnya, minggu ini beli dari ladang organic Pak Abu, minggu depan dari ladang organic Pak Ali, minggu nie beli sayur kat Jusco, minggu depan beli sayur kat Mydin, minggu nie beli dari kilang Ahcong, minggu depan dari kilang Ahseng. Tips ini cik hijau dapat dari Nana Al Haleq semasa join seminar fitness and health yang dianjurkan oleh beliau. Mesti korang tahu siapa dia nie kan, dia adalah seorang fitness model, motivator & coach. Jadi tujuannya adalah untuk mempelbagaikan sumber makanan dan mungkin sumber tersebut baik untuk badan kita. Contohnya ladang pak abu menggunakan baja organik A yang bagus untuk sayuran dan badan kita manakala pak ali menggunakan baja organik B. Sekiranya kita sentiasa bertukar tukar, kita akan peroleh manfaat dari baja A dan B. Ini adalah lebih kepada proses dalaman terjadinya sayur itu sendiri. Key point ialah sentiasa bertukar tukar.

Rancang jadual pemakanan anda. Sekiranya anda mempunyai jadual makanan sudah tentu tiada masalah dalam hal membeli sayuran. Ia juga dapat membantu anda berjimat cermat supaya tidak terlebih dalam membeli. Ia memang suatu hal yang agak sukar tapi jangan risau.. menu cik hijau kan banyak!!.. 😀

Beralih kepada cara penyimpanan, sayur sayuran dan buah buahan perlu disimpan dgn cara yg betul agar semuanya kekal segar. Ia terpulang pada cara masing-masing dan apa yang ditunjukkan di dalam gambar adalah cara cik hijau sendiri. Sayur dan buah perlu disimpan ditempat yang paling bawah kerana tempat itu memang sudah dikhaskan untuk sayuran dan buahan. Maaf ya, peti sejuk cik hijau kecik, susan la dengan cara begitu sebab dah xmuat nk sumbat..:D Salah satu habit cik hijau adalah keluarkan semuanya daripada plastik. Haaaa xde sebab apa pun cuma itu kesukaan cik hijau sebab bila buka peti nampak macam macam warna.. hehehehe. Tapi kalau nak buat macam cara cik hijau nie perlu rajin cuci peti sejuk okay!!.

Ini salah satu cara untuk simpan sayur sayuran jenis herba seperti daun bawang, daun sup dan daun ketumbar. Cik hijau puas memikir macam mana nak simpan daun-daun ini sebenarnya. Sebab kalau beli biar dalam plastik tak tahan lama. Sekejap je dah mula berair dan jadi kekuningan. Cik hijau byk tgk channel masakan and yeah the idea is from there!! Put in a jar of shallow water! Kesannya sayuran akan kekal segar dan hijau, bertahan selama seminggu! Korang try okay!!

Okay guys, ini sahaja antara tips yang dapat cik hijau kongsikan dan cik hijau harap dapat membantu korang semua untuk membeli belah terutamanya bab sayuran dan buahan. Akan datang cik hijau akan kongsikan cara membeli bahan basah pulak okay! Setia bersama cik hijau!!

Thanks!

Previous articleOmelette dan Kopi
Next articleGreen Creamy Smoothie

Must Read

Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini. ...

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau!...

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda...