Sunday, 16 June 2019

Omelette dan Kopi

Selamat pagi semua!! Bagaimana hari anda hari ini? Cik hijau terlebih tenaga hari nie sebab dah kenyang.. hahahah..:D Korang dah makan ke tuu? Makan jangan tak makan. Sebelum cik hijau mulakan kerja, meh cik hijau kongsi sikit sarapan yang membuatkan cik hijau penuh bertenaga hari ini.

Kopi tanpa gula, omelette, salad dan buah oren.

Bahan omelette:

  • Bawang merah
  • Tomato
  • Daun sup & bawang
  • Telur

Kaedah:

  1. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan. Pukul hingga sebati.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana, tanpa minyak masukkan telur dan terbalikkan telur sehingga masak.
  3. Tutup api dan hidangkan telur dalam keadaan terlipat.

nota: Pastikan kuali yang anda gunakan ialah kuali yang tidak melekat (non-stick surface). Sekiranya tiada, letaklah sedikit minyak ke dalam kuali sebelum masukkan telur!

Basuh daun lettuce, lobak merah dan buah oren. Hiris lobak halus-halus dan potong buah oren. Susun semunya kedalam satu pinggan dan letakkan omelette. Sedia untuk dimakan!! Hidangkan juga bersama kopi, kopi tanpa gula okay!!

Selamat mencuba!

Must Read

Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini. ...

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau!...

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda...