Nasi Perang dan Ikan Kembung Selar Rebus

Hi korang semua! Dah fikir ke nak mkn apa tgh ari nie? Cik hijau buat menu semudah ABC..

Ikan kembung selar rebus dgn asam & kurma merah, sayur campur panggang, nasi perang dan ulam.

Ikan kembung selar

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung selar
  • Bawang merah & putih (hiris nipis)
  • Halia
  • Kurma merah
  • Asam keping
  • Tomato

Kaedah:

  1. Panaskan periuk, masukkan air dan semua bahan-bahan.
  2. Masukkan ikan kembung dan rebus sehingga ikan masak.

 

Sayur campur panggang

Bahan-bahan:

  • Lobak merah
  • Cendawan tiram
  • Kacang pis

Kaedah:

Panaskan kuali, tanpa minyak masukkan kesemua bahan dan balik balikkan sehingga sayuran lembut dan boleh dimakan.

nota: Cik hijau tidak menggunakan sebarang perasa, tambahkan jika perlu!

Dah siap semua jgn lupa masak nasi! Hidangkan atas pinggan anda, hiris timun untuk dijadikan ulam!!

*Gambar diatas tuu cik hijau dah keluarkan ikan dan letak di atas pinggan ya. Jangan korang pelik pulak kenapa ikan tuu ada kat luar.. 😀

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here