Zucchini Salad

Korang pernah dengar sayuran bernama zucchini tak? Yang mana tak pernah dengar tuu cik hijau terangkan secara ringkas ya. Zucchini adalah sejenis sayuran daripada keluarga labu. Ia banyak digunakan dalam masakan barat dan mediterranean. Isinya lembut dan tidak berserabut menyebabkan ia sedap dan mudah dikunyah setelah masak. Diakui ia bukanlah sayuran tempatan dan oleh sebab itu tidak ramai yang mengetahui tentang sayuran ini. Zucchini sesuai dimasak dengan cara rebus, panggang, goreng dan macam-macam lagi. Ia juga boleh dimakan mentah dgn cara dihiris atau diparut. Untuk resepi kali ini, cik hijau menggunakan zucchini sebagai bahan utama.

Bahan-bahan:

  • Zucchini
  • Tomato cherry
  • Daun ketumbar

Bahan dressing:

  • Olive oil
  • Garam himalaya
  • Serbuk lada hitam
  • Perahan lemon

Kaedah:

  1. Hiris @ parut nipis zucchini.
  2. Satukan kesemua bahan didalam mangkuk.
  3. Satukan bahan dressing dan gaul hingga sekata didalam mangkuk yang lain.
  4. Masukkan dressing kedalam mangkuk yang mengandungi kesemua bahan dan gaul hingga sekata.
  5. Sedia untuk dimakan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here