Green Smoothie Bowl

Ini adalah kesukaan cik hijau. Sebab apa? sebab kaler dia hijau.. hahahaha… 😀 Okay, pagi nie cik hijau breakfast benda hijau yang sihat. Last night beli barang dapur terus terfikir nak buat smoothie esk pagi, bermakna pagi nie la. Smoothie cik hijau agak berbeza dengan yang lain sebab kebiasaannya orang buat smoothie menggunakan bahan bahan yang telah disejuk beku. Untuk cik hijau agak berbeza dan ini adalah olahan dan mengikut cita rasa cik hijau sendiri. Jadi korang boleh la try okay.. mana tahu ngam dengan tekak.. hehehe 😀

Bahan-bahan:

  • Avocado
  • Kale
  • Baby spinach
  • Susu segar
  • Biji chia
  • Biji bunga matahari
  • Kismis

Kaedah:

  1. Masukkan avocado, kale, baby spinach dan susu segar ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga pekat dan creamy.
  3. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan biji chia, matahari dan kismis.

Rasa smoothie cik hijau nie tawar, jadi korang boleh tambahkan madu kedalam pengisar dan blend sekali okay. Adjust rasa ikut suka hati korang!

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here