Cik Hijau Snacks

Hai korang semua, tengah buat apa tuu? Tengah mengunyah ke? Cik hijau pun suka mengunyah macam korang jugak. Asal tengah free mesti nak kunyah2. Sinonim dengan habit yang makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah faktor kenapa cik hijau nk kunyah je memanjang. Sekiranya kita mengikut jadual makan yang betul, pasti ada waktu salingan makan seperti minum pagi, minum petang dan supper. Haaa.. menu apa korang makan untuk waktu macam tuu? Semestinya perlulah makan yang ringan2 sahaja, sekadar alas perut sementara menunggu waktu makan yang sebenar. Ini adalah menu snacks paling cik hijau suka! Sepinggan sayur sayuran dan buahan. Agak-agak korang boleh makan macam nie x? Boleh.. insyaAllah boleh.

Bahan-bahan:

  • Brokoli
  • Timun jepun
  • Calery
  • Buah oren

Basuh bersih semua jenis sayur, potong panjang-panjang. Steamkan brokoli supaya lembut. Potong dadu buah oren dan buang kulit. Susun dalam pinggan dan makanlah sepuasnya!! Kalau tak selera makan kosong makanlah dengan dressing kesukaan masing masing.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here