Dah makan tgh hari ke tuu? Nah menu makan tengah hari cik hijau hari ini…
Nasi perang, ikan merah bakar berempah, petola air dan ulam ulaman.
Ikan Merah Bakar Berempah
Bahan-bahan:
- Ikan merah
- Serbuk kunyit
- Serbuk jintan putih & manis
- Serbuk kari
Cara penyediaan:
- Lumurkan ikan bersama rempah dan biarkan seketika.
- Panaskan kuali, tanpa minyak, masukkan ikan dan alih alihkan sehingga ikan masak.
Petola Air
Bahan-bahan:
- Petola
- Bawang putih & merah
- Halia
- Lada hitam
Cara penyediaan:
- Panaskan periuk, masukkan air dan kesemua bahan-bahan.
- Reneh seketika sehingga petola masak.
Nasi Perang
Cik hijau gaulkan nasi perang bersama biji bijan hitam. Itu yang nampak bintik bintik hitam tuu. Gaul selepas nasi masak okay!
Siap semua!! Mudah kan? Jangan lupaΒ ulam ulaman. Cik hijau tak lari dari ulam ulaman. Paling tidak cukup dgn hanya sekadar timun!! Hehehehe.. π
nota: Tambahkan garam jika perlu!!
Selamat mencuba!