Sunday, 16 June 2019

Ayam Bakar Sihat

Assalamualaikum dan apa kabar korang semua? Cik hijau nak kongsi menu makan malam yang sihat dan mudah. Bukan hanya untuk makan malam, untuk lunch pun boleh juga. Korang yang kerja pun boleh bawak bekal.

Bahan ayam bakar:

  • Ayam
  • Lada hitam & putih
  • Madu
  • Minyak bijan
  • Daun Oregano (kering)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam, lumurkan dengan semua bahan2 dan perap selama setengah jam. Kalau nak sedap lagi perapkan semalaman.
  2. Panaskan pemanggang, panggang ayam di setiap sisi selama 5-10 minit bergantung kepada ketebalan isi ayam.

nota: Cik hijau tidak menggunakan sebarang perasa, tambahkan garam jika korang rasa perlu!!

Sayur-sayuran:

  • Lettuce
  • Baby corn
  • Edamame
  • Carrot

Campurkan kesemua sayuran dan letakkan ayam, hiaskan dgn hirisan lobak. Sedia utk dimakan!!

Must Read

Grilled Salmon, Mashed Potatoes, Salad

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke tuu? Cik hijau awal2 tadi dah keluarkan ikan salmon dari peti sejuk untuk makan tengah hari ini. ...

Wholemeal Wrap & Ayam Bakar.

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!! Apa khabar anda semua? Diharap semuanya sihat-sihat ya, sudah sarapan ke tuu, jangan tak makan okay! Nanti jadi hijau!...

Sup Tulang Padu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!! Raya nie korang balik mana? Raya tahun ini turn cik hijau jadi cik hijau beraya bersama ayahanda dan bonda...