Nasi Perang, Ayam Steam

Nasi perang ayam steam dgn kailan & bawang putih ranggup.

Hai korang semua.. dah fikir ke nak dinner apa mlm nie? Cik hijau mkn nasi dgn ayam. Bukan nasi ayam, tapi ala2 nasi ayam.. hehehehe.. 😀 Cik hijau bagi penerangan ringkas cara nk buat dia mcm mana okay!!

Bahan-bahan ayam steam:

  • Ayam
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Minyak bijan

Cara penyediaan:

Basuh ayam hingga bersih, letakkan ayam di dalam periuk kukus dan lumurkan dgn minyak bijan. Taburkan hirisan halia, bawang merah dan putih. Kukus ayam hingga masak.

nota: Selain dari kukus, boleh juga buat dgn cara merebus. Bahan yg sama, kaedah je yang lain iaitu dengan cara merebus. Air rebusan too korang jgn buang, simpan dan boleh digunakan utk masakan lain. Haaa.. kan 2in1 namanya tuu.. 😀

Dah siap part ayam, sayur kailan tuu korang masukkn bila ayam dah masak. Lumurkan dengan minyak bijan dan steamkan seketika. Tang bawang putih tu pulak, hiris halus bawang putih dan gorengkan sehingga warna bertukar kekuningan. Angkat dan toskan. Nasi jgn lupa masak!! Dah siap semua korang deco2 la sikit mcm dlm gambar cik hijau tu, makin naik selera nak makan nanti! ;D

nota: Cik hijau tidak memasukkan sebarang perasa kedlm makanan, kalau korang nak letak tiada masalah.. ikut citarasa masing2 tetapi berpada okay!!

Mesti korang nak tahu knp cik hijau gunakan minyak bijan dlm masakan? Haaa.. okay ini jawapan dia…

Minyak bijan ialah minyak sayuran yang dihasilkan daripada bijan. Ia sering digunakan sebagai penaik rasa dalam masakan tionghua, korea, jepun, timur tengah dan asia tenggara. Kandungannya yang tinggi nutrisi menyebabkan ia juga diguna pakai dlm bidang perubatan alternatif, perubatan tradisional hinggalah moden. Antara kebaikan minyak bijan ialah:

  • Mengurangkan tekanan darah
  • Mencegah diabetes
  • Kesihatan jantung
  • Anti kanser
  • Baik utk kesihatan kulit dan rambut

Okay.. disebabkan faktor2 inilah yg membuatkan cik hijau menukarkan penggunaan minyak kelapa sawit kepada minyak bijan dalam masakan harian terutamanya masakan berasaskan sayuran. Minyak bijan sesuai digunakan dgn cara menumis (menggunakan kuantiti minyak yang sedikit), atau kadang kala dicampur kedalam masakan sup. Guna sikit2 je.. jgn korang buat utk goreng ayam atau ikan pulak!! Perlu diingatkan kaedah dan penggunaannya perlulah betul  agar khasiatnya terjamin dan tidak hilang. Ok korang.. semoga bermanfaat dan selamat mencuba menu dinner Cik hijau okay!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here