Tuesday, 7 July 2020

Beetroot Zinger Juice

Jus merah pilihan hati cik hijau. Beetroot adalah salah satu tumbuhan kesukaan cik hijau. Selain dari jus, beetroot juga boleh dibuat sup dan salad. Jus ini memerlukan 3 bahan utama iaitu

  • Beetroot
  • Apple Merah
  • Halia (sebesar ibu jari)

Basuh dan potong kecil kesemua bahan. Jadikan jus dgn menggunakan juicer atau blender. Siap!! Rasa beetroot yg semulajadi manis akan membuatkan anda jatuh hati dgn minuman ini.

Mungkin ada yg tidak pernah dengar mengenai tumbuhan ini kan.. Meh cik hijau bagi penerangan sikit..

Beetroot adalah sejenis sayuran yg disebut dalam bahasa inggeris dan diterjemahkan dalam bahasa melayu sebagai ubi bit merah. Ia sudah ditanam berkurun lamanya. Bentuknya bulat seperti ubi kentang dan ia berwarna merah gelap. Rasanya manis semulajadi dan mempunyai banyak khasiat tersembunyi.

Antara khasiatnya ialah

  • Mengatasi anemia.
  • Mencegah kanser
  • Memelihara kestabilan gula dalam darah.
  • Mencegah sembelit, buasir dan gangguan pencernaan.
  • Mengandungi zat yg dapat menghasilkan sel darah merah.
  • Boleh dijadikan diet, kerana tidak mengandungi lemak, sedikit kalori dan sumber serat istimewa.
  • Akar dan daun hijaunya mengandungi zat besi, kalsium, asid folik dan vitamin C, bagus utk wanita hamil.
  • Meningkatkan stamina, bantu berolahraga tanpa rasa penat.
  • Antioksidan semulajadi.

Beetroot juga terkenal sebagai salah satu cara utk menambahkan darah. Untuk pengetahuan anda, beetroot juga sudah terkenal di kalangan atlet Olimpik London yang menjadikan beetroot sebagai minuman harian mereka bagi meningkatkan tenaga dan mutu latihan.

I use beet juice in my practice and I have athlete clients who swear by it. They see it’s effective at improving their performance,” says noted sports nutritionist Barbara Lewin, R.D., founder of Sports-nutritionist.com who works with elite and Olympic athletes.

Okay.. sudah jelas betapa banyaknya kelebihan beetroot nie, jadi para atlet mahupun anda yang bersukan segeralah minum minuman yang berkhasiat ini bagi memberikan anda tenaga yg berpanjangan!! Bagi anda yang mempunyai masalah darah, minuman ini sgt membantu. Setengah orang berpendapat makan organ dalaman haiwan juga dapat menambahkan darah. Tetapi ia bukanlah sesuatu makanan yang bagus. Berhentilah dari memakan organ dalaman kerana ia sebenarnya sesuatu yang sangat tidak bagus dan Nabi kita Rasullulah s.a.w juga tidak menggalakkan kita memakan organ dalaman haiwan.

Selamat mencuba πŸ˜‰

Must Read

Nasi perang, Daging Masak Halia, Ulam Ulaman

Nasi perang + Daging halia & black pepper + Ulam kacang botol & pegaga. πŸ˜‹πŸ˜‹

Pumpkin Soup, Roti Baguette.

Hujan-hujan nie perkena sup labu bersama roti baguette 🍞🍞 Sup labu βœ” Labuβœ” Bawang...