Salam Kata Pembuka Bicara

Assalamualaikum, perkenalkan diri saya sebagai Cik Hijau. Kenapa hijau? Sebab Cik Hijau suka makan sayur-sayuran dan ulam. So sayuran sinonim dgn hijau kan. 🙂 Blog ini direka khas utk Cik Hijau berkongsi dgn anda semua tentang pemakanan dan gaya hidup sihat yg diamalkan oleh Cik Hijau supaya dapat memberi kesan positif pada anda semua bagi memulakan gaya hidup yang baru. Secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan kita semua. InsyaAllah. Disini Cik Hijau akan menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, maybe kadang kala rojak dan bahasa pasar. Haaaaa senang mcm too kan.. Okay jom Cik Hijau kongsi sikit… 😉

Apa yg Cik Hijau amalkan?

Cik Hijau amalkan pemakanan Eat Clean atau dalam bahasa melayunya, anda boleh ‘google’ sendiri… 😀 Cik Hijau terangkan sedikit mengenai eat clean versi Cik Hijau ya. Eat clean ialah mengutamakan makanan yang terbaik dan paling sihat dlm setiap kumpulan makanan dan kurangkan makanan yang tidak sihat.

Secara amnya mkn lebih byk buah buahan, sayuran, bijirin, protein dan lemak yg sihat. Kurangkan pengambilan bahan tambahan, pengawet, lemak yg tidak sihat, makanan yg sudah diproses dan gula serta garam yg berlebihan. Makanan haruslah diambil secara semulajadi tanpa diproses terlalu lama. Sebagai contoh, makan salad dan sayur sayuran mentah. Walaubagaimanapun tak salah jika anda memasak sedikit sayuran tersebut tetapi perlulah dlm masa yg singkat dgn cara merebus, kukus atau panggang. Mana boleh tiap2 hari nak mkn mentah kan! hehe.

3 cara utama penyediaan eat clean ialah kukus, rebus dan panggang. Hindarilah makanan bergoreng dan berminyak kerana ia sgt tidak bagus utk tubuh kita. Secara keseluruhannya eat clean ini bukanlah diet semata mata tetapi ia adalah amalan gaya hidup. Bagi anda yg ingin menurunkan berat badan boleh mencuba gaya eat clean ini, dan cuba untuk konsisten! Itu yang penting! Bermulalah dgn perlahan lahan, sedikit demi sedikit dan sehingga anda sudah biasa. Alah bisa tegal biasa… 🙂

Nanti Cik Hijau akan kongsikan dgn lebih details lagi dlm posts yang akan datang…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here